we got how many views?

NOTA


SISTEM PANCITAN BAHAN API ELEKTRONIK (EFI)


Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yangbertugas mengangkut  bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburator. Dua jenis suntikan bahan api yang paling lazim dalam sistem suntikan bahan api petrol dan diesel. 



Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap.


Sebelum ini,kebanyakan enjin petrol menggunakan karburator tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakan suntikan bahan api manakala karburator hanya digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal. Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburator dan suntikan bahan api ialah suntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus dibawah tekanan tinggi, sementara karburator pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukan untuk menghantar bahan api. Pemancit bahan api hanya terdiri daripada sebuah muncung serta injap dan bahan api dihantar melalui pam bahan api atau bekas bertekanan.



KARBURATOR


Karburator adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman. Ia pernah digunakan secara meluas pada kereta sehingga dekad 1990-an apabila ia digantikan dengan sistem suntikan bahan api yang lebih cekap.

Bahan api yang dipam akan terus masuk ke karburator dan ditakung di dalam kebuk apung. Di dalam kebuk apung terdapat beberapa komponen lain seperti injap yangmengawal kemasukan bahan api ke karburator, pencekik, injap pendikit, jet utama, jet pemelahuan dan penapis bahan api. Di bahagian luar karburator terdapat komponen pelaras karburator, iaitu skru pelaras angin dan skru pelaras bahan api. Skru pelaras bahan api digunakanuntuk melaras kuantiti bahan api. Manakala skru pelaras angin digunakan untuk melaras jumlah kemasukan angin yang akan dicampurkan dengan bahan api pada nisbah yang diperlukan mengikut kehendak dan keadaan enjin.







Sebuah karburator asas terdiri daripada beberapa bahagian berikut:-


Takungan Bahan Api

Ø  Menerima bahan api dari tangki minyak 


Venturi

Ø  Bahagian aliran udara paling sempit bertujuan meningkatkan kelajuanluruan udara bagi menghasilkan tekanan udara paling rendah pada bahagian berkenaan bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Biasanya saiz venturi adalah tetap, tetapi karburator injap gelungsur pula mempunyai satu injap gelungsur boleh laras yang mengawal saiz venturi.


Jet utama

Ø  Laluan keluar utama bahan api ke venture iaitu alirannya dikawal oleh tekanan rendah pada venturi, tetapi pada sesetengah karburetor terutamanya jenis injap gelungsur pula jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama.


Jet melahu

Ø  Saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa kelajuan melahu iaitu semasa injap pendikit tertutup.


Injap pendikit

Ø  Terletak di bahagian hujung saluran udara karburator, injap pendikit mengawal bukaan saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuran udara-bahan api ke enjin dengan itu injap pendikit turut mengawal kelajuan enjin secara langsung. Injap pendikit disambungkan ke injak pendikit ataupun genggam pendikit bagi membolehkan pemandu kereta atau penunggang motosikal mengawal kelajuan enjin. Biasanya injap pendikit terdiri daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah karburator injap gelungsur, injap gelungsur itu sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit.


Injap pencekik 

Ø  Terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum venturi, injap pencekik menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara- bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap pencekik dikawal sama ada menggunakan tombol pencekik secara manual ataupun dengan menggunakan mekanisme automatik.








Suntikan Bahan Api Elektronik


Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugasmengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenissuntikan bahan api yang paling lazim dalam sistem suntikan bahan api petrol dan diesel. Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap. Sebelum ini, kebanyakan enjin petrol menggunakan karburator tetapi sekarang boleh  dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakan suntikanbahan api manakala karburator hanya digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal.






Komponen – Komponen Utama Suntikan Bahan Api

a)     Pemancit bahan api
b)     Pam bahan api
c)     Pengawal tekanan bahan api
d)     ECU -Unit kawalan enjin;mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk  berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran.
e)     Gumpalan pendawaian
f)      Pelbagai pengesan
    •       Kedudukan engkol/sesondol:Penderia kesan Hall
    •       Aliran udara:Pengesan MAF
    •       Kandungan oksigen di dalam gas ekzos:Pengesan oksigen
    •       Kedudukan pendikit: Pengesan kedudukan pendikit
    •       Suhu bendalir penyejuk: Pengesan suhu bendalir penyejuk (bagi melaras kuantiti suntikan bahan api semasa enjin sejuk)
    •       Ketukan enjin: Pengesan ketukan (bagi melaras pemasaan sistem penyalaan sekiranya berlaku ketukan pada enjin)








Sistem Kawalan Bahan Api Elektronik



Sistem kawalan bahan api elektronik mengunakan pelbagai penderia untuk mengesan keadaan enjin dan kenderaan. ECU mengunakan maklumat daripada penderia – penderia ini untuk mengira isipadu pancitan bahan api yang diperlukan oleh kenderaan tersebut. Sistem kawalan bahan api elektronik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu L – EFI dan D – EFI.







L bermaksud Luft atau udara di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU mengukur kadar udara yang masuk samada secara jisim atau isipadu bagi menentukan kadar pancitan yang diperlukan manakala D bermaksud Druck atau tekanan di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU mengukur kadar tekanan yang terhasil di dalam intake manifold untuk menentukan kadar pancitan bahan api yang diperlukan.















No comments:

Post a Comment