we got how many views?

LATIHAN



SOALAN


1) Nyatakan fungsi Unit Kawalan Elektronik (ECU).



2) Namakan penderia yang dipasang pada pancarongga ekzos.

3) Nyatakan fungsi penderia suhu penyejuk.


4) Nyatakan kesan pada kendaian enjin jika penderia kelajuan rosak.


5) Terangkan fungsi penderia oksigen.

6) Terangkan fungsi penderia sudut engkol.


7) Nyatakan 2 kebaikan sistem EFI berbanding dengan karburetor.


8) Nyatakan fungsi penggerak dalam enjin sistem EFI.







JAWAPAN


1) ECU berfungsi untuk menerima isyarat daripada penderia, merekod dan menganalisis isyarat dan membuat keputusan.

2) Penderia oksigen (Lambda)


3) Berfungsi untuk mengesan nilai suhu enjin dan menghantar isyarat ke ECU.


4) Jika penderia  kelajuan rosak, maka sistem enjin tidak dapat mengesan dan menghantar isyarat ke ECU.


5) Untuk menyukat kadar oksigen dalam gas ekzos dan menghantar isyarat ke ECU.


6) Berfungsi untuk mengesan kedudukan piston pada setiap silinder dan menghantar isyarat ke ECU.


7) Sistem ini mempunyai kelebihan dari segi penjimatan dan keberkesanan kuasa daripada sistem karburator Sistem EFI mampu memberikan kuasa yang terbaik pada kadar penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.


8) Penggerak berfungsi menerima keputusan daripada unit kawalan elektronik (ECU) dan membekalkan campuran udara dan bahan api yang diperlukan oleh enjin.





No comments:

Post a Comment