we got how many views?

UTAMA


PENGENALAN KEPADA SISTEM PANCITAN BAHAN API ELEKTRONIK (EFI)


Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburator. Dua jenis suntikan bahan api yang paling lazim adalah sistem suntikan bahan api petrol dan diesel. Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap. Sebelum ini, kebanyakan enjin petrol menggunakan karburator tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakan suntikan bahan api manakala karburator hanya digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal.

Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburator dan suntikan bahan api ialah suntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus dibawah tekanan tinggi, sementara karburator pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukan untuk menghantar bahan api.

EFI adalah satu sistem untuk mendapatkan nisbah campuran udara dan bahan api secara elektronik. Sistem ini dilengkapi dengan Unit Kawalan Elektronik (ECU), yang telah diprogramkan untuk mengawal sensor dan juga aktuator. Sistem EFI digunakan untuk exhaust emission yang lebih baik serta penggunaan bahan api yang lebih ekonomi tanpa menjejaskan prestasi kenderaan.

Nama lain bagi sistem EFI mengikut pengeluar kenderaan:

          i.          MPI (Multi Point Injection) - Proton
        ii.          Cares (Clean Air Regulations Emission System)
      iii.          PGM –FI (Program Fuel Injection) - Honda
      iv.          EFI (Electronic Fuel Injection) - Toyota
        v.          ECCS (Electronic Concentrated Engine Control System) -    
           Datsun
      vi.          EGI (Electronic Gasoline Injection) - Mazda



OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat:

          i. Menerangkan kendalian sistem pancitan bahan api petrol
      ii. Mengenalpasti kedudukan dan memahami fungsi unit kawalan  elektronik (ECU), penderia, dan penggerak.
      iii.  Menguji kendalian penderia dan penggerak.



PENCAPAIAN KOMPETENSI:

Pada akhir unit ini, pelajar akan dapat:

                i.          Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.
      ii.     Mengenali dan mengetahui kendalian bahagian-bahagian sistem pancitan bahan api petrol.
            iii.          Memahami unit kawalan elektronik, penderia, dan penggerak, serta kaitannya dengan bahan lain dalam sistem.
              iv.          Memeriksa dan menguji kendalian penderia dan penggerak.


1 comment: